Saturday, December 26, 2009

Suatu Saat Yang Didamkan


Salam penuh kesyukuran.


Alahamdullilah kepada maha besar... debaran yang datang akhirnya menitiskan kemanisan yang cukup bermakna.

Akhirnya... keputusan peperiksaan dan gred keseluruhan yang diperolehi amat menggembirakan.

Kejayaan mencatat A dalam kedua - dua paper dalam semester pertama melayakkan aku mengumpul CGPA 4.0 flat. Alhamdullilah. Amin.

Dalam kesukaran dan kekangan yang penuh melintang kejayaan apa yang boleh aku harapkan lagi.

Namun aku sedar kejayaan ini bukan kejayaan aku seorang sahaja, namun kejayaan semuanya terutamanya keluargaku yang tercinta, terutama kepada isteriku yang tersayang yang telah banyak berkorban sepanjang waktu yang berlalu. Begitu juga anak - anak kesayangan abah yang cukup memahami kesibukan abah selama ini. Juga kepada saudara mara dan sahabat handai yang turut mendoakan kejayaanku dan turut memahami aku selama ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semuanya.

Dalam kegembiraan itu, kini saat ku rasa betapa hebatnya tekanan dan bebanan yang bakal aku harungi bagi menghadapi semester akan datang. Kejayaan ini membuatkan aku perlu teruskan untuk mengekalkannya. Namun selagi ada usaha insyallah ada jalannya..amin.

No comments:

Post a Comment