Saturday, December 26, 2009

Suatu Saat Yang Didamkan


Salam penuh kesyukuran.


Alahamdullilah kepada maha besar... debaran yang datang akhirnya menitiskan kemanisan yang cukup bermakna.

Akhirnya... keputusan peperiksaan dan gred keseluruhan yang diperolehi amat menggembirakan.

Kejayaan mencatat A dalam kedua - dua paper dalam semester pertama melayakkan aku mengumpul CGPA 4.0 flat. Alhamdullilah. Amin.

Dalam kesukaran dan kekangan yang penuh melintang kejayaan apa yang boleh aku harapkan lagi.

Namun aku sedar kejayaan ini bukan kejayaan aku seorang sahaja, namun kejayaan semuanya terutamanya keluargaku yang tercinta, terutama kepada isteriku yang tersayang yang telah banyak berkorban sepanjang waktu yang berlalu. Begitu juga anak - anak kesayangan abah yang cukup memahami kesibukan abah selama ini. Juga kepada saudara mara dan sahabat handai yang turut mendoakan kejayaanku dan turut memahami aku selama ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semuanya.

Dalam kegembiraan itu, kini saat ku rasa betapa hebatnya tekanan dan bebanan yang bakal aku harungi bagi menghadapi semester akan datang. Kejayaan ini membuatkan aku perlu teruskan untuk mengekalkannya. Namun selagi ada usaha insyallah ada jalannya..amin.

Thursday, November 12, 2009

Suatu ketika di suatu tempat




Akhirnya.......




Puteri sulung ku berjaya dalam peperiksaan akhir tahunnya dengan cemerlang. Pencapaiannya telah melayakkan dia menaiki pentas untuk menerima hadiah di sekolahnya. kejayaan mendapat 5 A dan menduduki tempat pertama di kelasnya membuatkan kami sekeluarga terharu. Nampak benar perubahan dan kematangannya dalam menjejak usia kanak - kanaknya. Apatah lagi dia juga bakal dilantik sebagai pegawas sekolahnya jika segalanya berjalan lancar. Tahniah buat Putri ku yang bernama Lia Yuhanis. Semoga kecemerlangan dan kejayaan akan kekal bersamamu sayang.




Putri kedua kesayanganku juga tidak pernah menghampakan. Dia juga mencatat kejayaan yang sama seperti kakaknya dengan pencapaian 5 A. Walaupun kali pertama menduduki peperiksaan yang mencabar dan mengalami masalah demam sebelum menduduki peperiksaan namun dia tetap menyinar. Tahniah juga untuk Putri ku bernama Dania Batrisha, semoga Kak Ngah akan sentiasa membanggakan abah.




Untuk diri pula, peperiksaan akhir untuk semester ini telah aku harungi seadanya. Mudah - mudahan kecemerlangan juga akan bersama aku. Walaupun kesibukan tugas dan pembelajaran yang melampau akhirnya semuanya telah berjaya aku harungi satu persatu. Hanya doa dan harapan mampu aku panjatkan dalam menunggu keputusan grade yang bakal dikeluarkan sedikit masa lagi. Juga berharap agar aku terus cemerlang untuk semester akan datang... amin

Monday, October 19, 2009

Suatu Hari Di Suatu Rasa


Setelah berhempas pulas melaku apa yang patut untuk meneruskan pengajian, kini masanya aku menarik sedikit nafas. Rasanya ruang yang ada ini ingin aku refeshkan kembali minda kiri ku agar aku bersedia untuk menduduki Final Exam awal November nanti. Doa dan harap ku agar segalanya berjalan seperti yang diharapkan.


Tugasan yang melampau - lampau telah berjaya aku dan rakan - rakan ku laku. Hanya menunggu grade yang bakal dikelauarkan nanti. Untuk sahabat - sahabat dalam kelas PLG 521, aku ingin memohon kemaafan jika sepanjang semester ini aku mempamerkan aksi terlampau buat kalian. Seperti yang aku katakan di akhir pembentang aku tempoh hari, bukanlah aku ini mahu menunjuk kepandaian namun sekadar berniat berkongsi ilmu. Mungkin kalian belum betul - betul terbuka minda dalam persoalan illmu namun masa pastinya akan mengajar kita dalam aliran pemikiran yang terbuka..


Insyaallah.. we meet each other soon..

Monday, September 21, 2009

Suatu Hari Di Hari Raya

Putera Puteri Abahnya

Geng Jom Raya



Maaf Zahir Batin

Keluarga 35

Percutian ini adalah percutian impian isteriku yang tercinta. Sementelah dianugerahkan seorang puteri bongsu. Percutian ini pastinya menyeronokan tambhan lagi kebersamaan tiga orang kakak dan abangnya.

Sunday, September 20, 2009

My Boy And My Little Girl





1st. photo and 3rd is my little girl just celebrated her 1st birhday last 21 Augt. 2009. She is very pamper kid and a lot of joy. Damia Safiah nice girl indeed.
2nd. photo is my one and only son. Active and naugthy boy as well. Adham wafi just 4 YO.
Anyway my wife and me love them so much.

SMK Siburan, Kuching Sarawak.


Bersama rakan karib dan seperjuangan Mr. Halim (SMK Jawi) sempena lawatan Ke SMK Siburan, Kuching, Sarawak .
Nice place Nice People Nice Moment..
Thank for my adopted brother, Mr. Mail from SK Lundu.

Saturday, April 18, 2009



Nie.. kat Kedai Gamat Langkawi.

Pada 29 Mac Hingga 1April 2009 lalu ke sana untuk mengendalikan Kursus Peningkatan Profesionalisme Penolong Kanan Peringkat Negeri.

Best gak bila dah jumpa member - member sekepala.

Thank 4 all AJKs from Majlis Pemaufakatan PK Kokurikulum P. Pinang

This month is the most busy month of the year. Sportday's school just finish today. My family felt so tired thru this month. Last two days ago my mother in law and my little bro just hanged at our home. Frankly mention, I have no time to entertain them cause have did my prepreration on my sportday school.

SELAMAT DATANG


This Blog specially created to express and share all about my family and myself.