Saturday, November 5, 2011

Demi Sesuatu Qalbu


Salam.

Alhamdullilah. Semuanya telah dapat disempurnakan oleh diri ini. Segala kepayahan yang mendatang dapat jua aku harungi. Kini, tinggal hanya menunggu VIVA yang perlu diharungi. Insyaalah, mohon dipermudahkan untuk ku... amin

Sunday, June 5, 2011

Sesuatu Antara Rasa


Salam,

Sejak akhir - akhir ini banyak sangat persoalan yang perlu aku bereskan. kadang kala terasa begitu penat mengharungi kehidupan. kecekalan dalam melakukan apa saja tuntutan yang mendatang.
Mana tidaknya, perubahan dalam kerjaya bukan sesuatu yang mudah untuk diadaptasi. Harapan dan jangkaan dari orang lain terhadap diri ini membuatkan aku seperti dalam dilema. Semuanya menuntut aku bijak dalam mengurus perubahan yang berlaku sebaik mungkin. Cabarannya bukan sedikit, tetapi amat memenatkan dan hampir membuatkan aku tertewas.
Begitu juga dengan kehidupan aku dalam pelajaran. Walaupun telah berjaya menghabiskan kuliah dan peperiksaan namun tugas menyiapkan kajian atau tesis benar - benar membuatkan aku terkesima. Kekangan masa dan kerja pastinya merupakan cabaran paling hebat dalam menyiapkan kajian ini. Sayang rasanya jika semua yang aku usahakan selama dua tahun terdahulu digagalkan dengan tugasan ini. Aku perlu terus berusaha dan mencuba... insyaallah, ada jalannya ...doakan yang terbaik untuk ku..amin

Wednesday, June 9, 2010

suatu rasa di sesuatu waktu


Ehm..........


kembali resah menanti sesuatu perkara

petanda awal bagaikan satu amaran

menghilang ketenteraman dalam penantian

makna pada suatu perjuangan...

kiranya......

telah sedaya ku kupas segala yang tertinggal

biarpun peluh membasahi bumi

kata mengalah bukanlah resepi

maha segala maha di sini

aku menjadi pejuangan tak bertepi..

semoga diberkati..

Thursday, May 6, 2010

Sesuatu Di Suatu Ketika


Lama benar meninggalkan halaman ini. Halaman rasa yang menjadi peneman ketenangan. Lega akhirnya semester kedua berlalu pergi. Cabarannya jelas berbeza. Apa pun aku semakin jelas mencari kebenaran dalam menuntut ilmu. Aku semakin faham liku - liku seorang yang bergelar mahasiswa sarjana.


Baru sahaja menghadapi peperiksaan akhir minggu lalu, segalanya telah aku lakukan seadanya. Mudah - mudahan semuanya 'menjadi'. Ikhtiar telah ku persembahankan hanya mengharapkan buah kejayaan menjelma.


Jelas keyakinan kini berbelah bahagi di antaranya.

Saturday, December 26, 2009

Suatu Saat Yang Didamkan


Salam penuh kesyukuran.


Alahamdullilah kepada maha besar... debaran yang datang akhirnya menitiskan kemanisan yang cukup bermakna.

Akhirnya... keputusan peperiksaan dan gred keseluruhan yang diperolehi amat menggembirakan.

Kejayaan mencatat A dalam kedua - dua paper dalam semester pertama melayakkan aku mengumpul CGPA 4.0 flat. Alhamdullilah. Amin.

Dalam kesukaran dan kekangan yang penuh melintang kejayaan apa yang boleh aku harapkan lagi.

Namun aku sedar kejayaan ini bukan kejayaan aku seorang sahaja, namun kejayaan semuanya terutamanya keluargaku yang tercinta, terutama kepada isteriku yang tersayang yang telah banyak berkorban sepanjang waktu yang berlalu. Begitu juga anak - anak kesayangan abah yang cukup memahami kesibukan abah selama ini. Juga kepada saudara mara dan sahabat handai yang turut mendoakan kejayaanku dan turut memahami aku selama ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semuanya.

Dalam kegembiraan itu, kini saat ku rasa betapa hebatnya tekanan dan bebanan yang bakal aku harungi bagi menghadapi semester akan datang. Kejayaan ini membuatkan aku perlu teruskan untuk mengekalkannya. Namun selagi ada usaha insyallah ada jalannya..amin.

Thursday, November 12, 2009

Suatu ketika di suatu tempat




Akhirnya.......




Puteri sulung ku berjaya dalam peperiksaan akhir tahunnya dengan cemerlang. Pencapaiannya telah melayakkan dia menaiki pentas untuk menerima hadiah di sekolahnya. kejayaan mendapat 5 A dan menduduki tempat pertama di kelasnya membuatkan kami sekeluarga terharu. Nampak benar perubahan dan kematangannya dalam menjejak usia kanak - kanaknya. Apatah lagi dia juga bakal dilantik sebagai pegawas sekolahnya jika segalanya berjalan lancar. Tahniah buat Putri ku yang bernama Lia Yuhanis. Semoga kecemerlangan dan kejayaan akan kekal bersamamu sayang.




Putri kedua kesayanganku juga tidak pernah menghampakan. Dia juga mencatat kejayaan yang sama seperti kakaknya dengan pencapaian 5 A. Walaupun kali pertama menduduki peperiksaan yang mencabar dan mengalami masalah demam sebelum menduduki peperiksaan namun dia tetap menyinar. Tahniah juga untuk Putri ku bernama Dania Batrisha, semoga Kak Ngah akan sentiasa membanggakan abah.




Untuk diri pula, peperiksaan akhir untuk semester ini telah aku harungi seadanya. Mudah - mudahan kecemerlangan juga akan bersama aku. Walaupun kesibukan tugas dan pembelajaran yang melampau akhirnya semuanya telah berjaya aku harungi satu persatu. Hanya doa dan harapan mampu aku panjatkan dalam menunggu keputusan grade yang bakal dikeluarkan sedikit masa lagi. Juga berharap agar aku terus cemerlang untuk semester akan datang... amin

Monday, October 19, 2009

Suatu Hari Di Suatu Rasa


Setelah berhempas pulas melaku apa yang patut untuk meneruskan pengajian, kini masanya aku menarik sedikit nafas. Rasanya ruang yang ada ini ingin aku refeshkan kembali minda kiri ku agar aku bersedia untuk menduduki Final Exam awal November nanti. Doa dan harap ku agar segalanya berjalan seperti yang diharapkan.


Tugasan yang melampau - lampau telah berjaya aku dan rakan - rakan ku laku. Hanya menunggu grade yang bakal dikelauarkan nanti. Untuk sahabat - sahabat dalam kelas PLG 521, aku ingin memohon kemaafan jika sepanjang semester ini aku mempamerkan aksi terlampau buat kalian. Seperti yang aku katakan di akhir pembentang aku tempoh hari, bukanlah aku ini mahu menunjuk kepandaian namun sekadar berniat berkongsi ilmu. Mungkin kalian belum betul - betul terbuka minda dalam persoalan illmu namun masa pastinya akan mengajar kita dalam aliran pemikiran yang terbuka..


Insyaallah.. we meet each other soon..